Atap Rumbia Atap Nipah Atap Lalang Atap Tradisional Landscape Interior Design
Kg Kuantan, 45600 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan (GPS)
Pusat Pelancungan Kelip Kelip Kg Kuantan,
Jalan Rawang, 45600 Kuala Selangor (Waze)
Pusat Pelancungan Kelip Kelip Kg Kuantan,
Jalan Rawang, 45600 Kuala Selangor (Waze)
kopetas30@gmail.com
(For Respected Non-Malaysian Visitors)
Kindly please write to me in English ;-)
6019-6741196
6016-9007857 (WhatsApp)
6016-9007857 (WhatsApp)
My Links
Islam dan Sains Moden-Prof Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail (UPM)
My Sites
Homestay Kg Kuantan
Pembekal Kayu Nibong dan Buluh
My Sites
Homestay Kg Kuantan
Pembekal Kayu Nibong dan Buluh
Atap Rumbia dan Atap Nipah
Kami
membuat atap rumbia dan nipah yang berkualiti, amat sesuai untuk
dijadikan bumbung rumah rehat, gazebo, gerai, restoran, interior design,
landscape, hiasan taman dan sebagainya.
Atap
ini dapat bertahan dalam cuaca panas dan hujan selama 10 tahun atau
lebih sekiranya dipasang dengan kaedah dan pengiraan yang betul.
Dari segi sejarah, atap ini telah digunakan sebagai bumbung rumah dan bangunan diseluruh Nusantara semenjak zaman dahulu sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya.
Dari segi sejarah, atap ini telah digunakan sebagai bumbung rumah dan bangunan diseluruh Nusantara semenjak zaman dahulu sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos dan sebagainya.
Kelebihan
menggunakan atap ini ialah ia akan mewujudkan suasana nyaman dan sejuk
didalam bangunan tersebut walaupun tidak menggunakan kipas angin atau
air-condition. Kesegarannya seolah-olah kita sedang berada dibawah
naungan daun-daun pokok yang rimbun.
Trend
terbaru bagi pengusaha restoran, warung, kedai makan, cafe dan
lain-lain tanpa mengira apa bangsanya, sangat berminat menggunakan atap
ini untuk mendapatkan suasana nyaman dan ternyata
dapat menarik lebih ramai pengunjung memasuki premis kedai itu. Trend
ini sealiran dengan perubahan citarasa masyarakat yang semakin berminat
ke arah "teknologi hijau" atau "back to the nature"
Tempahan juga sering diterima dari pengusaha Resort / Chalet dan Hotel-Hotel kerana adanya unsur yang dinyatakan tadi.
Dari sudut pertanian dan penternakan, didapati atap rumbia / nipah ini amat sesuai digunakan, kerana ia dapat menghalang bahang panas berbanding penggunaan atap zink.
Saiz atap ini mengikut ukuran standardnya ialah 6 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Walaubagaimanapun, ada kalanya pelanggan meminta kami membuat atap mengikut saiz yang dikehendakinya. Permintaan ini kami akan laksanakan dengan sebaik mungkin.
Atap Rumbia / Nipah ini dibuat menggunakan daun yang terpilih (daun matang dan lebar), tulangnya (mengkawan) menggunakan buluh atau batang pinang yang dibelah serta dijahit menggunakan tali diperbuat dari kulit pokok bemban untuk mengekalkan keasliannya.
Teknik pengiraan dan pemasangan atap disediakan dalam laman blog ini, sekiranya anda masih mempunyai persoalan sila hubungi saya seperti nombor diatas. Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa.
Untuk memudahkan saya membuat kiraan jumlah atap yang diperlukan berdasarkan saiz bangunan, Sila dapatkan dulu ukuran panjang dan lebar bumbung (dalam kaki) sebelum menghubungi saya.
Perbezaan Atap Rumbia dan Atap Nipah
Atap rumbia lebih tahan lama, Atap rumbia boleh bertahan sehingga 10 tahun atau lebih jika dipasang dengan kaedah dan kiraan yang betul. Sesuai untuk bumbung pondok atau gazebo yang terletak diluar bangunan (outdoor)
Atap nipah lebih cantik, daunnya lebih tebal dan lebar. Atap nipah boleh bertahan dalam lingkungan 5-6 tahun (outdoor).
Atap Lalang
Atap ini diperbuat dari lalang terpilih, banyak pengusaha chalet dan resort yang berminat dengan atap ini kerana bentuknya yang unik, cantik dan berbeza dari atap rumbia dan nipah.
Walaubagaimanapun proses penyediaan bahan dan pembuatannya lebih rumit dan memakan masa berbanding atap rumbia dan nipah. Atas sebab itu lah harganya lebih mahal dari atap lain.
Pihak kami membuat atap ini berdasarkan tempahan, Panjangnya bergantung kepada permintaan pelanggan. Maksimum panjang adalah 10 kaki bagi sekeping dengan lebarnya 4-5 kaki.
Haega Atap
Atap Rumbia RM3.50 sekeping
Atap Nipah RM3,80 sekeping
Atap Lalang RM10.00 sekeping
Saiz Atap (semua jenis}
6 kaki panjang 2 kaki lebar
Khidmat Pemasangan Atap
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan atap ditempat tuan. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Serta ramai lagi orang perseorangan, syarikat, institusi kerajaan dan swasta yang tidak disebutkan namanya disini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan diatas kepercayaan yang telah diberi, semuga produk yang dijual telah memenuhi keperluan pihak tuan.

Rekod Senarai Pelanggan
*Zoo Negara, Kuala Lumpur*Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Serdang*Gerai Jualan, Pesta Pantai, Tahun Melawat Terengganu 2015*Tadom Hill Resorts, Banting*Restoran Munif Hijjaz, Shah Alam.* IEON Taman Keramat,*Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Negara,* Taman Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan* Ainsdale Gallery, Sime Darby Properties, Seremban* Sanyco Grand Industries Sdn Bhd, Hicom-Glemmarie, Shah Alam* Dewan Banquet Udaimatunnur, Bukit Beruntung, Rawang* Institut Latihan Tentera Udara, Gunung Rapat, Perak* Omron Malaysia Sdn Bhd, Zon Perdagangan Bebas, Sungai Way,PJ* Fakulti Perubatan UiTM, Sungai Buluh* PKNS, Shah Alam* TELEKOM Malaysia, Jln Raja Chulan* Fakulti Perubatan, UPM, Serdang* Restoran Istana Bambu, Ampang*Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Bandar Sunway* Amanah Saham Nasional Berhad,Jln Tun Razak* News Straits Times Press,Jln Riong,Bangsar* Indah Water Konsortium,Pusat Bandar Damansara* Muzium Negeri, Seremban* Kem Angkatan Tentera, Batu Arang, Selangor* SMK Victoria, Jalan Hang Tuah, KL* Pasaraya Giant, Nilai* Restoran AK47, Taman Titiwangsa, KL* Attap Fishing Village, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor* SMK Seri Desa, Tanjung Karang, Selangor* Thistle Hotel, Port Dickson* Setia Mall, Setia Alam, Selangor* DS Landscape Sdn Bhd, PJ* Dusun Contoh, UPM, Serdang* Selangor Pavillion-MAEPS (MAHA 2012)* Datok Seri Dr. Mohd Affendi Norwawi dan Isteri Datin Seri Tiara Jacqualine* Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) KL* Bamboo Restaurant, Jln Tun Razak* TV3* RTM * Waldorf Kelipkelip Kindergarten, Kota Kemuning, Shah Alam* Politeknik Shah Alam* Universiti Malaya* Sunway Lagoon* Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, * KL International Hotel, Chow Kit* Alamanda, Putrajaya* A Famosa Hotel and Resort, Melaka* Resort Pulau Besar, Johor *
Serta ramai lagi orang perseorangan, syarikat, institusi kerajaan dan swasta yang tidak disebutkan namanya disini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan diatas kepercayaan yang telah diberi, semuga produk yang dijual telah memenuhi keperluan pihak tuan.
Kampung Kuantan - Bestari Jaya - Kuala Selangor
Pengenalan Ringkas Kuala Selangor
Kuala Selangor terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan dan Daerah Sabak Bernam di sebelah utara. Sebelah Timurnya adalah Daerah Ulu Selangor. Bahagian baratnya adalah laut Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan 117,844 hektar.
Kuala Selangor mempunyai banyak tempat bersejarah yang merupakan aset utama dalam industri pelancongan di Selangor. Di antaranya ialah kesan sejarah di Bukit Melawati, Pelancungan Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing, keunikan flora dan fauna di Taman Alam Kuala Selangor yang mengandungi kawasan Hutan Hujan Tropika, Hutan Paya Bakau, Taman Burung dan Taman Ikan Air Tawar.
Pengenalan Ringkas Kg. Kuantan
Kampung Kuantan terkenal sebagai destinasi Pelancungan Kelip-Kelip yang paling popular di Malaysia. Sebuah lagi destinasi Pelancungan Kelip-Kelip ialah Bukit Belimbing yang terletak hanya di Seberang Sungai Selangor yang memisahkan kedua-dua tempat ini. Kampung
Kuantan terletak dipertengahan jalan antara Kuala Selangor dan Bestari
Jaya.Jarak dari Kuala Selangor kira-kira 6 KM dan dari Bestari Jaya
sejauh 12 KM.
Aktiviti
Pelancungan Kelip-Kelip bertumpu di sekitar Sungai Selangor yang
merentasi kampung ini. Selain itu Sungai Selangor juga terkenal dengan
aktiviti memancing ikan dan udang galah yang telah berjaya menarik
perhatian peminat aktiviti memancing dari seluruh negara.
Sejarah Ringkas Bestari Jaya (Batang Berjuntai )
Dipercayai nama Batang Berjuntai berasal daripada sebuah pokok yang condong dan sebahagian dahannya dalam keadaan terjuntai ditepi Sungai Selangor. Sungai ini merupakan laluan utama pengangkutan air seperti sampan, rakit dan tongkang ketika itu. Pokok tersebut akhirnya rebah setelah lama dalam keadaan terjuntai ditepi sungai itu. Penduduk yang paling awal mendirikan kampung disini tinggal berdekatan dengan pokok tersebut. Mereka menamakan tempat ini sebagai Kampung Batang Berjuntai.
Batang Berjuntai merupakan sebuah kawasan pedalaman di Selangor. Walaubagaimanapun, tempat ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang penting serta antara kawasan yang paling awal mempelopori penanaman getah dan kelapa sawit di Tanah Melayu semenjak 100 tahun yang lalu (sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan)
Buktinya boleh dirujuk kepada beberapa sumber perpustakaan yang menunjukkan bahawa Batang Berjuntai, Lembah Kelang dan Lembah Kinta sebagai kawasan yang paling banyak mengeluarkan hasil bijih timah negara ketika itu.
Alat pengangkutan darat moden yang paling utama ketika itu adalah keretapi, perkara ini disebabkan jalanraya yang baik dan lori belum dapat diperolehi dengan mudah.
Pada tahun 2008, Negeri Selangor dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya untuk memberi imej yang lebih baik kepada pekan ini.

History Of Railways In Selangor telah
mencatatkan bahawa jalan keretapi antara Kuang ke Batu Arang telah
dibina pada tahun 1915. Jalan keretapi antara Batu Arang ke Batang
Berjuntai pula telah dibina pada tahun 1918.
Ini menunjukkan bahawa Batang Berjuntai telah pun dikenali lebih dari 100 tahun yang lalu. Ketika Tanah Melayu mencapai Kemerdekaannya, Batang Berjuntai telah ramai penduduknya dan maju dengan hasil bijih timah serta getah dan kelapa sawit.
Ini menunjukkan bahawa Batang Berjuntai telah pun dikenali lebih dari 100 tahun yang lalu. Ketika Tanah Melayu mencapai Kemerdekaannya, Batang Berjuntai telah ramai penduduknya dan maju dengan hasil bijih timah serta getah dan kelapa sawit.
Pada tahun 2008, Negeri Selangor dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya untuk memberi imej yang lebih baik kepada pekan ini.
Dewasa
ini, Pekan Batang Berjuntai atau nama barunya Bestari Jaya merupakan
sebuah pekan kecil yang tenang dan harmoni, Disinilah terletaknya Kampus
Universiti Industri Selangor (UNISEL) Cawangan Bestari jaya yang menawarkan pelbagai program Pengajian Peringkat Diploma, Ijazah dan Masters.
Maklumat Daerah Kuala Selangor
Maklumat Daerah Kuala Selangor
1-Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
03-3289 1439 / 1101
a-Bukit Melawati
b-Kelip-Kelip Kg Kuantan
c-Taman Ikan Air Tawar
d-Taman Alam :-
-Hutan Hujan Tropika
-Hutan Paya Bakau
-Taman Burung
a-Bukit Melawati
b-Kelip-Kelip Kg Kuantan
c-Taman Ikan Air Tawar
d-Taman Alam :-
-Hutan Hujan Tropika
-Hutan Paya Bakau
-Taman Burung
2-Medan Selera Ikan Bakar dan Kolam Pancing Ikan Laut (Siakap,
Kerapu, Jenahak, Senangin). Kami juga boleh menguruskan Event dan
Pertandingan Memancing. (Waktu Niaga 3 petang - 3 pagi) Tanjung Keramat,
Kuala Selangor. 033-2877524 atau 012-9453031 Zainuddin
Senarai Produk dan Usahawan
1-Sewa Sampan, Memancing Ikan dan Udang Galah
Shamsul 017-6276425
2-Sewa Sampan, Umpan Perumpun, Memancing Ikan dan Udang Galah. Halid 013-3642806 / 017-3716961-(Hari bekerja sila hubungi saya pada pukul 5 ptg. keatas)

3-Pembekal Ulat Sagu (umpan pancing), Buah Nipah, Buah Kabong - Jelani 013-2649875
4-Pembekal Otak-Otak Kuala Selangor
Zairul 012-2723224
5-Pembekal Kuih Baulu Kemboja - Ishak 013-6168907
6-Persembahan Tarian Dabus1. Tarian Dabus2
Tuan Hj Zakaria bin Jamhari (PPN, PJK) 017-3711348
7-Pembekal Gazebo Tradisi dan Batang Nibong - 019-6741196
8-Bengkel Besi, Kereta, Lori, Jentera Berat dan sewa/jual/servis Air Compressor
Ahmad Firdaus 019-6888091
9-Pembekal Perhiasan Emas Saduran/Suasa (Cincin,Gelang,Rantai,Kerongsang) Pn. Salha 016-9708853
10-Pembekal Akar-Kayu dan Herba Orang Asli
9-Pembekal Perhiasan Emas Saduran/Suasa (Cincin,Gelang,Rantai,Kerongsang) Pn. Salha 016-9708853
10-Pembekal Akar-Kayu dan Herba Orang Asli
Roslan - 011-12281588.
11-Jasmine Sdn Bhd (Sg Buluh, Kuala Selangor)
11-Jasmine Sdn Bhd (Sg Buluh, Kuala Selangor)
Pembekal beras reject (untuk ternakan) 03-32647874
12-Lori Utk Disewa/Bengkel Besi
Che Mat 013-2020712
13-Lori Utk Disewa
Kamil 012-2563015
14-Lori Utk Disewa
Shega 019-6119552 / 019-6317035
15-Lori Utk Disewa
Syam 019-6353310
16-Pembekal Benih Ikan Air Tawar
Wak Bani 019-3414344
17-Pembekal Ayam Kampung dan Itik Serati
Wak Rahman 012-2334774
18-Pembekal Hampas Soya Utk Makanan Ternakan
Shukri 017-3115578
19-Pembekal Makanan Ternakan
Ah Ping 012-2867798
20-Pembekal Ikan Laut (Sg Buluh)
Ah Cai 012-2382533
21-Pembekal Ikan Laut (Pasir Penambang)
Bah Kau 012-6562907
22-Pembekal Ikan Laut (Pasir Penambang)
Guan 012-3103218 / 017-2149973
Imam 017-3134516
24- Pembekal kayu nibong dan buluh lemang, buluh galah, buluh cina, bu;uh untuk kegunaan kebun sayur, binaan, kraftangan dan lain-lain 019-6741196/ 016-9007857 (whatsapp)
25- Pembekal anak itik telur (khaki campbell) dan itik pedaging (muscovy dan peking duck) ayam kampung ori / ayam kampung kacuk 019-6741196/ 016-9007857 (whatsapp)
26- Pembekal anak ikan puyu / ikan sepat /ikan haruan 019-6741196/ 016-9007857 (whatsapp)
27-Pembekal Atap Rumbia Batu Pahat, Johor
016-7614985 (whatsapp)
Cara Pasang Bumbung Atap Rumbia Nipah
Saiz sekeping atap adalah 6 kaki panjang dan 2 kaki lebar
Tujuan atap disambung dengan cara ini adalah untuk mengelakkan kebocoran air hujan.
Jarak atap untuk lebar 1 kaki adalah :-
2 keping 1 kaki (Minimum)
3 keping 1 kaki (Sederhana)
4 Keping 1 kaki (Terbaik)
. Atap dipasang bermula dari bawah dan semakin menaik keatas.. Untuk lebih menguatkan atap dalam jangka masa panjang, atap yang paling atas dan paling bawah dipasang 2 keping (double)..
Contoh kiraan untuk bumbung atap berkeluasan 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar
Saiz sekeping atap = 6 kaki panjang
Jadikan selisihnya 1 kaki
6 kaki tolak 1 kaki selisih
= 5 kaki panjang
5 x 4 = 20
Oleh itu, untuk panjang bumbung 20 kaki memerlukan 4 keping atap (4 Set Atap)
Jumlah keseluruhan atap untuk saiz bumbung 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar
Lebar 10 kaki memerlukan 30 keping atap (1 kaki = 3 keping), dicampur dengan atap paling atas dan bawah dipasang double menjadikan jumlahnya 32 keping atap bagi setiap set.
32 keping atap x 4 set
= 128 keping atap
(128 keping atap diperlukan untuk saiz bumbung 20 x 10)
Cara Memasang Atap di Rangka Bumbung
Setiap keping atap mempunyai tulang yang dipanggil "Mengkawan" yang diperbuat dari buluh atau batang pinang yang dibelah nipis. Mengkawan terletak di bahagian dalam atap dan tidak dapat dilihat dari luar. Fungsinya sebagai tiang yang memegang keseluruhan atap. Atap diperkuatkan dengan jahitan dari tali yang diperbuat dari kulit pokok bemban.
Pemasangan atap diatas rangka
Rangka atap biasanya diperbuat dari kayu, kadang-kala ada juga rangka daripada besi. Atap boleh dipasang dengan cara memakukan tulang atap (mengkawan) terus ke rangka kayu ini. Ataupun diikat mengkawan dengan tali atau dawai keatas tiang rangka (rangka besi)
Memaku / Ikat mengkawan atap diatas rangka bumbung
Bentuk-bentuk perabung untuk bumbung atap
Kecuraman Bumbung Atap
Kecuraman bumbung atap yang sesuai adalah antara 30 - 40 darjah. Jika bumbung atap terlalu landai, ia kan mengakibatkan air hujan tidak dapat mengalir dengan baik, lalu ia akan melekat dan berkumpul di celah daun atap dan seterusnya mengakibatkan kebocoran air ke dalam bangunan itu. Air yang melekat di dalam atap juga boleh menyebabkan atap menjadi cepat rosak (reput).
Kecuraman yang sesuai bukan sahaja menghalang kebocoran tetapi juga memastikan atap dapat bertahan baik dalam jangka masa panjang.
Semasa
memasang atap ini, 2 perkara yang perlu diperhatikan iaitu (1) panjang
dan (2) Lebar .Sekiranya saiz rangka bumbung lebih panjang dari 6 kaki,
sebagai contohnya 10 kaki, maka perlu disambung 2 keping atap dengan
cara tindih atau overlap dengan jarak 1 kaki.
(1) Panjang
(2) Lebar
Jarak atap untuk lebar 1 kaki adalah :-
2 keping 1 kaki (Minimum)
3 keping 1 kaki (Sederhana)
4 Keping 1 kaki (Terbaik)
. Atap dipasang bermula dari bawah dan semakin menaik keatas.. Untuk lebih menguatkan atap dalam jangka masa panjang, atap yang paling atas dan paling bawah dipasang 2 keping (double)..
Atap dilihat dari bawah |
Saiz sekeping atap = 6 kaki panjang
Jadikan selisihnya 1 kaki
6 kaki tolak 1 kaki selisih
= 5 kaki panjang
5 x 4 = 20
Oleh itu, untuk panjang bumbung 20 kaki memerlukan 4 keping atap (4 Set Atap)
Jumlah keseluruhan atap untuk saiz bumbung 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar
Lebar 10 kaki memerlukan 30 keping atap (1 kaki = 3 keping), dicampur dengan atap paling atas dan bawah dipasang double menjadikan jumlahnya 32 keping atap bagi setiap set.
32 keping atap x 4 set
= 128 keping atap
(128 keping atap diperlukan untuk saiz bumbung 20 x 10)
Cara Memasang Atap di Rangka Bumbung
Setiap keping atap mempunyai tulang yang dipanggil "Mengkawan" yang diperbuat dari buluh atau batang pinang yang dibelah nipis. Mengkawan terletak di bahagian dalam atap dan tidak dapat dilihat dari luar. Fungsinya sebagai tiang yang memegang keseluruhan atap. Atap diperkuatkan dengan jahitan dari tali yang diperbuat dari kulit pokok bemban.
Pemasangan atap diatas rangka
Rangka atap biasanya diperbuat dari kayu, kadang-kala ada juga rangka daripada besi. Atap boleh dipasang dengan cara memakukan tulang atap (mengkawan) terus ke rangka kayu ini. Ataupun diikat mengkawan dengan tali atau dawai keatas tiang rangka (rangka besi)
Memaku / Ikat mengkawan atap diatas rangka bumbung
Ikat atau paku di kawasan bertanda hijau, gunakan paku 1/2 inci, 1 inci atau paku payung. |
Bentuk-bentuk perabung untuk bumbung atap
Kecuraman Bumbung Atap
Kecuraman bumbung atap yang sesuai adalah antara 30 - 40 darjah. Jika bumbung atap terlalu landai, ia kan mengakibatkan air hujan tidak dapat mengalir dengan baik, lalu ia akan melekat dan berkumpul di celah daun atap dan seterusnya mengakibatkan kebocoran air ke dalam bangunan itu. Air yang melekat di dalam atap juga boleh menyebabkan atap menjadi cepat rosak (reput).
Kecuraman yang sesuai bukan sahaja menghalang kebocoran tetapi juga memastikan atap dapat bertahan baik dalam jangka masa panjang.
Kecuraman yang sesuai. |
Kecuraman yang tidak sesuai |
Perabung bumbung Atap
Jangka Sudut - Kecuraman yang sesuai adalah 30 - 40 darjah. (Lebih curam lebih baik) |
Atap Rumbia Atap Nipah Atap Lalang Buluh Picture Gallery
Penghantaran atap rumbia ke A Famosa Hotel and Resort, Melaka 4500 keping
Atap Rumbia
Atap Nipah
Atap diikat 25 keping satu ikatan - sedia untuk dijual
Proses Pembuatan Atap Lalang
Atap Lalang yang telah siap berukuran 6 kaki panjang dan 5 kaki lebar
Gazebo diperbuat dari Atap Lalang, Atap Rumbia dan Kayu Nibong
Subscribe to:
Posts (Atom)