Atap Rumbia Atap Nipah Atap Lalang Atap Tradisional Landscape Interior Design

Salahuddin bin Husain
Annur Rizqi Trading (BC 0003050-T)
No 2, Jalan Seroja 2, Taman Seroja,
Kg Kuantan, 45600 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan (GPS)

Pusat Pelancungan Kelip Kelip Kg Kuantan, 
Jalan Rawang, 45600 Kuala Selangor (Waze)

kopetas30@gmail.com
(For Respected Non-Malaysian Visitors)
Kindly please write to me in English ;-)
6019-6741196
6016-9007857 (WhatsApp)

       Kami membuat atap rumbia dan nipah yang berkualiti, amat sesuai untuk dijadikan bumbung rumah rehat, gazebo, gerai, restoran, interior design, landscape, hiasan taman dan sebagainya.

Atap ini dapat bertahan dalam cuaca panas dan hujan selama 10 tahun atau lebih sekiranya dipasang dengan kaedah dan pengiraan yang betul. 

Dari segi sejarah, atap ini telah digunakan sebagai bumbung rumah dan bangunan diseluruh Nusantara semenjak zaman dahulu sebelum kewujudan atap zink, genting, asbestos  dan sebagainya.

Kelebihan menggunakan atap ini ialah ia akan mewujudkan suasana nyaman dan sejuk didalam bangunan tersebut walaupun tidak menggunakan kipas angin atau air-condition. Kesegarannya seolah-olah kita sedang berada dibawah naungan daun-daun pokok yang rimbun.

Trend terbaru bagi pengusaha restoran, warung, kedai makan, cafe dan lain-lain tanpa mengira apa bangsanya, sangat berminat menggunakan atap ini untuk mendapatkan  suasana nyaman dan ternyata dapat menarik lebih ramai pengunjung memasuki premis kedai itu. Trend ini sealiran dengan perubahan citarasa masyarakat yang semakin berminat ke arah "teknologi hijau" atau "back to the nature" 

Tempahan juga sering diterima dari pengusaha Resort / Chalet dan Hotel-Hotel kerana adanya unsur yang dinyatakan tadi.

Dari sudut pertanian dan penternakan, didapati atap rumbia / nipah ini amat sesuai digunakan, kerana ia dapat menghalang bahang panas berbanding penggunaan atap zink.

Saiz atap ini mengikut ukuran standardnya  ialah 6 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Walaubagaimanapun, ada kalanya pelanggan meminta kami membuat atap mengikut saiz yang dikehendakinya. Permintaan ini kami akan laksanakan dengan sebaik mungkin. 
                                             
Atap Rumbia / Nipah ini dibuat menggunakan daun yang terpilih (daun matang dan lebar), tulangnya (mengkawan) menggunakan buluh atau batang pinang yang dibelah serta dijahit menggunakan tali diperbuat dari kulit pokok bemban untuk mengekalkan keasliannya.  

Teknik pengiraan dan pemasangan atap disediakan dalam laman blog ini, sekiranya anda masih mempunyai persoalan sila hubungi saya seperti nombor diatas. Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa.

Untuk memudahkan saya membuat kiraan jumlah atap yang diperlukan berdasarkan saiz bangunan, Sila dapatkan dulu ukuran panjang dan lebar bumbung (dalam kaki) sebelum menghubungi saya. 

Perbezaan Atap Rumbia dan Atap Nipah

Atap rumbia lebih tahan lama, Atap rumbia boleh bertahan sehingga 10 tahun atau lebih jika dipasang dengan kaedah dan kiraan yang betul. Sesuai untuk bumbung pondok atau gazebo yang terletak diluar bangunan (outdoor)  

Atap nipah lebih cantik, daunnya lebih tebal dan lebar. Atap nipah boleh bertahan dalam lingkungan 5-6 tahun (outdoor). 

Atap Lalang

Atap ini diperbuat dari lalang terpilih, banyak pengusaha chalet dan resort yang berminat dengan atap ini kerana bentuknya yang unik, cantik  dan berbeza dari atap rumbia dan nipah. 

Walaubagaimanapun proses penyediaan bahan dan pembuatannya lebih rumit dan memakan masa berbanding atap rumbia dan nipah. Atas sebab itu lah harganya lebih mahal dari atap lain.

Pihak kami membuat atap ini berdasarkan tempahan, Panjangnya bergantung kepada permintaan pelanggan. Maksimum panjang adalah 10 kaki bagi sekeping dengan lebarnya 4-5 kaki.

Haega Atap

Atap Rumbia RM3.50 sekeping
Atap Nipah RM3,80 sekeping
Atap Lalang RM10.00 sekeping 

Saiz Atap (semua jenis}

6 kaki panjang 2 kaki lebar

Khidmat Pemasangan Atap

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan atap ditempat tuan. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
   
Rekod Senarai Pelanggan


*Zoo Negara, Kuala Lumpur*Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Serdang*Gerai Jualan, Pesta Pantai, Tahun Melawat Terengganu 2015*Tadom Hill Resorts, Banting*Restoran Munif Hijjaz, Shah Alam.* IEON Taman Keramat,*Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Negara,* Taman Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan* Ainsdale Gallery, Sime Darby Properties, Seremban* Sanyco Grand Industries Sdn Bhd, Hicom-Glemmarie, Shah Alam* Dewan Banquet Udaimatunnur, Bukit Beruntung, Rawang* Institut Latihan Tentera Udara, Gunung Rapat, Perak* Omron Malaysia Sdn Bhd, Zon Perdagangan Bebas, Sungai Way,PJ* Fakulti Perubatan UiTM, Sungai Buluh* PKNS, Shah Alam* TELEKOM Malaysia, Jln Raja Chulan* Fakulti Perubatan, UPM, Serdang* Restoran Istana Bambu, Ampang*Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Bandar Sunway* Amanah Saham Nasional Berhad,Jln Tun Razak* News Straits Times Press,Jln Riong,Bangsar* Indah Water Konsortium,Pusat Bandar Damansara* Muzium Negeri, Seremban* Kem Angkatan Tentera, Batu Arang, Selangor* SMK Victoria, Jalan Hang Tuah, KL* Pasaraya Giant, Nilai* Restoran AK47, Taman Titiwangsa, KL* Attap Fishing Village, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor* SMK Seri Desa, Tanjung Karang, Selangor* Thistle Hotel, Port Dickson* Setia Mall, Setia Alam, Selangor* DS Landscape Sdn Bhd, PJ* Dusun Contoh, UPM, Serdang* Selangor Pavillion-MAEPS (MAHA 2012)* Datok Seri Dr. Mohd Affendi Norwawi dan Isteri Datin Seri Tiara Jacqualine* Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) KL* Bamboo Restaurant, Jln Tun Razak* TV3* RTM * Waldorf Kelipkelip Kindergarten, Kota Kemuning, Shah Alam* Politeknik Shah Alam* Universiti Malaya* Sunway Lagoon* Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, * KL International Hotel, Chow Kit* Alamanda, Putrajaya* A Famosa Hotel and Resort, Melaka* Resort Pulau Besar, Johor *

Serta ramai lagi orang perseorangan, syarikat, institusi kerajaan dan swasta yang tidak disebutkan namanya disini. 

Ribuan terima kasih saya ucapkan diatas kepercayaan yang telah diberi, semuga produk yang dijual telah memenuhi keperluan pihak tuan.

No comments:

Post a Comment