Cara Pasang Bumbung Atap Rumbia Nipah

Saiz sekeping atap adalah 6 kaki panjang dan 2 kaki lebar


Semasa memasang atap ini, 2 perkara yang perlu diperhatikan iaitu (1) panjang dan (2) Lebar .Sekiranya saiz rangka bumbung lebih panjang dari 6 kaki, sebagai contohnya 10 kaki, maka perlu disambung 2 keping atap dengan cara tindih atau overlap dengan jarak 1 kaki. 

(1) Panjang


Tujuan atap disambung dengan cara ini adalah untuk mengelakkan kebocoran air hujan.

(2) Lebar

Jarak atap untuk lebar 1 kaki adalah :-

2 keping 1 kaki (Minimum)
3 keping 1 kaki (Sederhana)
4 Keping 1 kaki (Terbaik)

. Atap dipasang bermula dari bawah dan semakin menaik keatas.. Untuk lebih menguatkan atap dalam jangka masa panjang, atap yang paling atas dan paling bawah dipasang 2 keping (double)..

Atap dilihat dari bawah
Contoh kiraan untuk bumbung atap berkeluasan 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar

Saiz sekeping atap = 6 kaki panjang
Jadikan selisihnya 1 kaki

6 kaki tolak 1 kaki selisih
= 5 kaki panjang

5 x 4 = 20

Oleh itu, untuk panjang bumbung 20 kaki memerlukan 4 keping atap (4 Set Atap)


Jumlah keseluruhan atap untuk saiz bumbung 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar


Lebar 10 kaki memerlukan 30 keping atap (1 kaki = 3 keping), dicampur dengan atap paling atas dan bawah dipasang double menjadikan jumlahnya 32 keping atap bagi setiap set.

32 keping atap x 4 set
= 128 keping atap
(128 keping atap diperlukan untuk saiz bumbung 20 x 10)

Cara Memasang Atap di Rangka Bumbung


Setiap keping atap mempunyai tulang yang dipanggil "Mengkawan" yang  diperbuat dari buluh atau batang pinang yang dibelah nipis. Mengkawan terletak di bahagian dalam atap dan tidak dapat dilihat dari luar. Fungsinya sebagai tiang yang memegang keseluruhan atap. Atap diperkuatkan dengan jahitan dari tali yang diperbuat dari kulit pokok bemban.









Pemasangan atap diatas rangka

Rangka atap biasanya diperbuat dari kayu, kadang-kala ada juga rangka daripada besi. Atap boleh dipasang dengan cara memakukan tulang atap  (mengkawan) terus ke rangka kayu ini. Ataupun diikat mengkawan dengan tali atau dawai keatas tiang rangka (rangka besi)


Memaku / Ikat mengkawan atap diatas rangka bumbung

Ikat atau paku di kawasan bertanda hijau, gunakan paku 1/2 inci, 1 inci atau paku payung.

Bentuk-bentuk perabung untuk bumbung atap




Kecuraman Bumbung Atap

Kecuraman bumbung atap yang sesuai adalah antara 30 - 40 darjah. Jika bumbung atap terlalu landai, ia kan mengakibatkan air hujan tidak dapat mengalir dengan baik, lalu ia akan melekat dan berkumpul di celah daun atap dan seterusnya mengakibatkan kebocoran air ke dalam bangunan itu. Air yang melekat di dalam atap juga boleh menyebabkan atap menjadi cepat rosak (reput).

Kecuraman yang sesuai bukan sahaja menghalang kebocoran tetapi juga memastikan atap dapat bertahan baik dalam jangka masa panjang.


Kecuraman yang sesuai.

Kecuraman yang tidak sesuai
Perabung bumbung Atap 


Jangka Sudut - Kecuraman yang sesuai adalah 30 - 40 darjah.
(Lebih curam lebih baik)




No comments:

Post a Comment