Kampung Kuantan Bestari Jaya - Kuala Selangor

Pengenalan Ringkas Kuala Selangor

         Kuala Selangor terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan dan Daerah Sabak Bernam di sebelah utara. Sebelah Timurnya adalah Daerah Ulu Selangor. Bahagian baratnya adalah laut Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan 117,844 hektar.

Kuala Selangor mempunyai banyak tempat bersejarah yang merupakan aset utama dalam industri pelancongan di Selangor. Di antaranya ialah kesan sejarah di 
Bukit Melawati
Pelancungan Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing, keunikan flora dan fauna di Taman Alam Kuala Selangor yang mengandungi kawasan Hutan Hujan Tropika, Hutan Paya Bakau, Taman Burung dan Taman Ikan Air Tawar.


Pengenalan Ringkas Kg. Kuantan

Kampung Kuantan terkenal sebagai destinasi Pelancungan Kelip-Kelip yang paling popular di Malaysia. Sebuah lagi destinasi Pelancungan Kelip-Kelip ialah Bukit Belimbing yang terletak hanya di Seberang Sungai Selangor yang memisahkan kedua-dua tempat ini. Kampung Kuantan terletak dipertengahan jalan antara Kuala Selangor dan Bestari Jaya.Jarak dari Kuala Selangor kira-kira 6 KM dan dari Bestari Jaya sejauh 12 KM.

Aktiviti Pelancungan Kelip-Kelip bertumpu di sekitar Sungai Selangor yang merentasi kampung ini. Selain itu Sungai Selangor juga terkenal dengan aktiviti memancing ikan dan udang galah yang telah berjaya menarik perhatian peminat aktiviti memancing dari seluruh negara.

Sejarah Ringkas Bestari Jaya (Batang Berjuntai )

Dipercayai nama Batang Berjuntai berasal daripada sebuah pokok yang condong dan sebahagian dahannya dalam keadaan terjuntai ditepi Sungai Selangor. Sungai ini merupakan laluan utama pengangkutan air seperti sampan, rakit dan tongkang ketika itu. Pokok tersebut akhirnya rebah setelah lama dalam keadaan terjuntai ditepi sungai itu. Penduduk yang paling awal mendirikan kampung disini tinggal berdekatan  dengan pokok tersebut. Mereka menamakan tempat ini sebagai Kampung Batang Berjuntai.

Batang Berjuntai merupakan sebuah kawasan pedalaman di Selangor. Walaubagaimanapun, tempat ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang penting serta antara kawasan yang paling awal mempelopori penanaman getah dan kelapa sawit di Tanah Melayu semenjak 100 tahun yang lalu (sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan)

Buktinya boleh dirujuk kepada beberapa sumber perpustakaan yang menunjukkan bahawa Batang Berjuntai, Lembah Kelang dan Lembah Kinta sebagai kawasan yang paling banyak mengeluarkan hasil bijih timah negara ketika itu.

Alat pengangkutan darat moden yang paling utama ketika itu adalah keretapi, perkara ini disebabkan jalanraya yang baik dan lori belum dapat diperolehi dengan mudah.


History Of Railways In Selangor telah mencatatkan  bahawa jalan keretapi antara Kuang ke Batu Arang telah dibina pada tahun 1915. Jalan keretapi antara Batu Arang ke Batang Berjuntai pula telah dibina pada tahun 1918.

Ini menunjukkan bahawa Batang Berjuntai telah pun dikenali lebih dari 100 tahun yang lalu. Ketika Tanah Melayu mencapai Kemerdekaannya, Batang Berjuntai telah ramai penduduknya dan maju dengan hasil bijih timah serta getah dan kelapa sawit. 

Pada tahun 2008, Negeri Selangor dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya untuk memberi imej yang lebih baik kepada pekan ini.

Dewasa ini, Pekan Batang Berjuntai atau nama barunya Bestari Jaya merupakan sebuah pekan kecil yang tenang dan harmoni, Disinilah terletaknya Kampus Universiti Industri Selangor (UNISEL) Cawangan Bestari jaya yang menawarkan pelbagai program Pengajian Peringkat Diploma, Ijazah dan Masters.

Maklumat Daerah Kuala Selangor
03-3289 1439 / 1101 
a-Bukit Melawati 
b-Kelip-Kelip Kg Kuantan
c-Taman Ikan Air Tawar 
d-Taman Alam :-
   -Hutan Hujan Tropika
   -Hutan Paya Bakau
   -Taman Burung
   
2-Medan Selera Ikan Bakar dan Kolam Pancing Ikan Laut (Siakap, Kerapu, Jenahak, Senangin). Kami juga boleh menguruskan Event dan Pertandingan Memancing. (Waktu Niaga 3 petang - 3 pagi) Tanjung Keramat, Kuala Selangor. 033-2877524 atau 012-9453031 Zainuddin 

Senarai Produk dan Usahawan


1-Sewa Sampan, Memancing Ikan dan Udang Galah 
Shamsul 017-6276425

2-Sewa Sampan, Umpan Perumpun, Memancing Ikan dan Udang Galah. 
Halid 013-3642806 / 017-3716961-(Hari bekerja sila hubungi saya pada pukul 5 ptg. keatas)

3-Pembekal Ulat Sagu (umpan pancing), Buah Nipah, Buah Kabong - Jelani 013-2649875

4-Pembekal Otak-Otak Kuala Selangor

Zairul 012-2723224

5-Pembekal Kuih Baulu Kemboja - Ishak 013-6168907


6-Persembahan 
Tarian Dabus1Tarian Dabus2
Tuan Hj Zakaria bin Jamhari (PPN, PJK) 017-3711348

7-Bengkel Besi, Kereta, Lori, Jentera Berat dan sewa/jual/servis Air Compressor
Ahmad Firdaus 019-6888091

8-Pembekal Perhiasan Emas Saduran/Suasa (Cincin,Gelang,Rantai,Kerongsang) Pn. 
Salha 016-9708853

9-Pembekal Akar-Kayu dan Herba Orang Asli
Roslan - 011-12281588.

10-Jasmine Sdn Bhd (Sg Buluh, Kuala Selangor)
Pembekal beras reject (untuk ternakan) 03-32647874

11-Lori Utk Disewa/Bengkel Besi
Che Mat 013-2020712

12-Lori Utk Disewa

Kamil 012-2563015

13-Lori Utk Disewa

Shega 019-6119552 / 019-6317035

14-Lori Utk Disewa

Syam 019-6353310


15-Pembekal Benih Ikan Air Tawar

Wak Bani 019-3414344

16-Pembekal Ayam Kampung dan Itik Serati

Wak Rahman 012-2334774

17-Pembekal Hampas Soya Utk Makanan Ternakan

Shukri 017-3115578

18-Pembekal Makanan Ternakan

Ah Ping 012-2867798

19-Pembekal Ikan Laut (Sg Buluh)

Ah Cai 012-2382533

20-Pembekal Ikan Laut (Pasir Penambang)

Bah Kau 012-6562907

21-Pembekal Ikan Laut (Pasir Penambang)

Guan 012-3103218 / 017-2149973

22-Tempahan Anak itik 
Kim Poh Farming Trading Co
No 173, Jln Bunga Tanjung, Tmn Aman, 81400 Senai, Johor
07-5991560 / 5992036

23-Pembekal Daun Nipah Otak-Otak
Imam  016-2927876 

No comments:

Post a Comment